Sumber Makanan | Singapura lulus import telur ayam dari Brunei

2022-12-14 0

Singapura meluluskan import telur ayam dari Brunei sebagai usaha menambah bekalan sumber makanan dalam negara.

Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan kelulusan itu dibuat selepas lawatan rasmi tiga hari Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Grace Fu ke brunei bermula 13 Disember.